Berita Semasa

Tanah mendap depan Masjid India, seorang wanita jatuh dalam lubang sedalam 10 meter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga India dikhuatiri terjatuh ke dalam lubang benam yang berlaku berhampiran Masjid India, di sini hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi tadi ketika mangsa sedang bersiar-siar di kawasan itu bersama keluarganya sebelum tiba-tiba berlaku mendapan tanah sehingga menyebabkan berlakunya lubang benam itu, memetik laporan Harian Metro.

Berdasarkan maklumat awal, lubang berkenaan dianggarkan sedalam 10 meter.

Terdahulu tular beberapa keping gambar anggota bomba menjalankan misi mencari dan menyelamat dalam sebuah lubang di hadapan masjid itu.

Seorang wanita dikhuatiri terjatuh dalam lubang benam susulan tanah mendap depan Masjid India hari ini. Kredit gambar Bomba

Difahamkan dua jentera bomba digerakkan untuk mencari mangsa.

Show More

Related Articles

Back to top button