TalentCorp, NSDC International meterai MoU bina ekosistem kemahiran digital di Malaysia
PUTRAJAYA – Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara TalentCorp Malaysia dengan NSDC International dari India akan berperanan menjadi penyelesaian kepada pembangunan kemahiran digital belia Malaysia.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, perjanjian ini melengkapi perjanjian pertama yang telah ditandatangani pada Mac 2023 antara TalentCorp dan NSDC, yang membawa kepada penubuhan MyMAHIR Future Skills Talent Council (FSTC) yang dipacu industri oleh TalentCorp.
“KESUMA, melalui TalentCorp, telah merangka program latihan kemahiran khusus berdasarkan cadangan dan bimbingan FSTC. Kami mendapati bahawa, rata-rata peserta yang menyertai latihan kemahiran berdasarkan panduan FSTC ini biasanya memperoleh gaji 10 ke 15 peratus lebih tinggi, membuktikan hubungan kukuh antara peningkatan produktiviti dan kenaikan gaji.
“Dengan MoU baharu itu, kedua-dua Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dan mencapai kejayaan yang lebih besar untuk kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pertukaran MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif NSDC International, Ved Mani Tiwari berlangsung di ibu pejabat NSDC dan disaksikan oleh Steven Sim serta rakan sejawatnya, Menteri Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan India, Jayant Chaudhary.
Memorandum baharu antara TalentCorp dan NSDC akan memberi tumpuan kepada dua bidang utama iaitu: pertama, pendigitalan ekosistem bakat Malaysia melalui perkongsian pengetahuan dan kolaborasi dalam Hab Digital Skills India NSDC; kedua, memperkenalkan kelayakan digital untuk warga India yang bekerja di Malaysia yang disahkan.
KESUMA turut akan melancarkan platform digital yang merangkumi pembangunan kurikulum, reka bentuk latihan, penciptaan kandungan, dan amalan terbaik pensijilan untuk meningkatkan peluang pekerjaan belia di Malaysia dan di peringkat global.
Strategi ini diadaptasi daripada Skill India Digital Hub yang dengan mengintegrasikan kemahiran, pendidikan, pekerjaan dan keusahawanan di India. Ekosistem digital ini memberikan Malaysia peluang untuk mengguna pakai model yang berjaya ini, dengan memberi fokus dalam AI dan Digital.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune