Hiburan

Pertubuhan Pendidikan Inspirasi Sosial Ipoh anjur Malam Pesta Merdeka 2024: Tribute to Sudirman

IPOH – Pertubuhan Pendidikan Inspirasi Sosial Ipoh akan menganjurkan Malam Pesta Merdeka 2024 yang bertemakan “Tribute to Sudirman” pada 24 Ogos ini bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67.

Pengurus program, Ahmad Shafiq berkata, acara itu akan bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 6 petang di Ah Mat Kafe, Ipoh.

Katanya, acara bukan sahaja bertujuan meraikan ulang tahun kemerdekaan negara tetapi turut mengangkat legasi seni Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang menjadi ikon penghibur kebanggaan rakyat Malaysia.

“Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk deklamasi puisi dan kedai pop-up yang diatur bagi menghidupkan suasana kemerdekaan.

“Acara seterusnya akan diteruskan di Insider Satellite Ipoh dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penonton turut berpeluang menyaksikan persembahan muzik dan tarian yang menampilkan artis tempatan seperti The Alif, Ubs, Shuq Dancers, Vip dan Mangrove.

Ahmad Syafiq menyatakan, acara itu akan mempersembahkan lagu-lagu popular dan patriotik Allahyarham Sudirman bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan.

“Bagi mereka yang berminat menyertai pertandingan pakaian seragam, dua hadiah utama berupa wang tunai RM200 serta hamper turut disediakan,.

“Kami menggalakkan orang ramai untuk segera membuat pengesahan kehadiran kerana ruang yang terhad,” katanya lagi.

Acara ini mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Concert In The City; Insider Satellite Ipoh; Ah Mat Kafe; Sudirman Asset Management serta beberapa rakan kerjasama lain.

Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Malam Pesta Merdeka 2024: Tribute to Sudirman ini serta menghayati nilai-nilai patriotisme dan semangat cintakan negara.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 012-2803520 atau 012-2593520.

Show More

Related Articles

Back to top button