Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Perbualan pasal dadah di TikTok: Tiga remaja dipanggil beri keterangan

MELAKA – Dua remaja wanita dan seorang remaja lelaki dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung perbualan mengenai pengambilan dadah yang tular di media sosial.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek merupakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun yang berasal dari negeri ini iaitu dari Batu Berendam dan Jasin.

Katanya, kedua-dua suspek telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada pukul 6 petang semalam.

“Seorang lagi wanita berusia 18 tahun yang tinggal di Jalan Dato Senu, Kuala Lumpur dipanggil memberi keterangan di IPD Sentul pada 9.55 malam tadi.

“Siasatan polis mendapati perbualan itu dibuat pada Isnin (19 Ogos) secara berkumpulan secara dalam talian dengan menggunakan platform TikTok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainol berkata, ketiga-tiga remaja berkenaan dibebaskan tanpa syarat selepas siasatan mendapati tindakan mereka itu dibuat sebagai satu gurauan atas pengaruh filem.

Pada Selasa lalu, rakaman video berdurasi 52 saat memaparkan perbualan sekumpulan individu berkaitan penyalahgunaan dadah tular di media sosial.

Show More

Related Articles

Back to top button