Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Peniaga kerugian RM10,000, barang kemas dilarikan pelanggan

ALOR GAJAH – Seorang peniaga barang kemas terpaksa berputih mata selepas dua utas gelang emasnya dilarikan oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pembeli di Bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kejadian berlaku apabila mangsa, Noor Akhmar Abu Bakar,28, didatangi seorang wanita yang mahu membeli barang kemas miliknya.

Katanya, suspek yang dianggarkan berusia antara 30 hingga 40 tahun itu meminta dua utas gelang emas untuk dilihat sebelum bertindak melarikan barang kemas tersebut menaiki sebuah kereta.

“Selepas menerima dua utas gelang tersebut suspek melarikan diri ke sebuah kereta Toyota Yaris diletakkan di hadapan kedai emas terbabit.

“Seorang lelaki yang bertindak sebagai pemandu dilihat sudah menunggu di dalam kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek bagaimanapun tidak menggunakan kekerasan terhadap mangsa dan hasil siasatan awal menemui empat cap jari di lokasi kejadian.

Show More

Related Articles

Back to top button