Berita Semasa

Parkir luar WTC KL dilimpahi air, kira-kira 50 buah kereta ditenggelami air

KUALA LUMPUR – Kawasan parkir luar Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpr (WTCKL) ditenggelami air hampir setengah meter setelah sungai yang terletak bersebelahan kawasan tersebut melimpah akibat hujan lebat sejak pukul 3 petang tadi.

Dianggarkan kira-kira 50 buah kereta gagal diselamatkan.

Kawasan tersebut dipenuhi dengan kereta diparkir berikutan ketika ini sedang berlangsung Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2024).

Limpahan air tersebut berlaku dengan cepat, menyebabkan suasana panik seketika, namun dapat dikawal dengan bantuan pelbagai pihak termasuk pihak pengurusan WTC untuk mengeluarkan kenderaan yang terlibat.

Hujan mula reda dan banjir mula surut kira-kira pukul 6.45 petang tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button