Berita Semasa

[VIDEO] Tiada larangan penjawat awam guna aplikasi Telegram – Fahmi

PUTRAJAYA – Penjawat awam tidak dilarang daripada menggunakan aplikasi telekomunikasi Telegram.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan buat masa ini tidak mengambil langkah serupa seperti dilaksanakan Belanda yang melarang penjawat awam egara itu daripada menggunakan Telegram.

@malaysiatribune

Penjawat awam tidak dilarang gunakan aplikasi Telegram. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Beliau menambah, sebarang ketetapan berkaitan keselamatan membabitkan penjawat awam diuruskan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

“Kita belum mengeluarkan sebarang arahan, kebiasaannya aspek keselamatan ini diuruskan oleh CGSO, namun pada waktu ini kita belum menerima apa-apa arahan serupa,” katanya.

Fahmi berkata demikian pada sidang akhbar pasca mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, di sini hari ini.

Laporan media antarabangsa sebelum ini menyebut, Majlis Perbandaran Amsterdam melarang pekerja kerajaan menggunakan aplikasi Telegram di telefon bimbit mereka kerana bimbang risiko diintip.

Memetik kenyataan Ahli Majlis Perbandaran, Alexander Scholtes, beliau mengesahkan larangan berkenaan dilaksana pada penghujung April lalu dengan aktiviti jenayah dan pengintipan menjadi alasan utama.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, di Malaysia, kerajaan melaksanakan pelesenan ke atas platform media sosial dan sistem pesanan internet bagi menjamin internet lebih selamat untuk rakyat Malaysia.

“Di pihak Kementerian Komunikasi dan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), kita meneruskan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh mengenai aspek pelesenan.

“Kita percaya dengan proses pelesenan itu nanti, semua platform media sosial dan juga sistem pesanan internet akan akur dengan syarat dikenakan untuk menjamin internet yang lebih selamat untuk rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button