Berita Semasa

Tiga pelajar hilang bot tambang dinaiki karam

KUCHING – Tiga pelajr termasuk dua pelajar perempuan dilaporkan hilang selepas perahu tambang dinaiki mereka untuk menyeberangi Sungai Kayan di Kampung Selampit, Lundu, karam pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian pada pukul 6.10 pagi itu, kira-kira 20 pelajar menaiki perahu berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.33 pagi.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

Kata jurucakap itu, pencarian awal sudah dilakukan penduduk kampung namun gagal menemukan pelajar yang hilang itu.

Seorang pelajar lelaki, 16, berjaya dijumpai oleh penduduk kampung dalam keadaan selamat.

“Terdapat 12 orang pelajar telah berjaya menyelamatkan diri manakala tiga lagi mangsa iaitu seorang lelaki dan dua perempuan masih belum dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan.

“Anggota bomba kini meneruskan pencarian bersama dengan penduduk kampung,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button