Berita Semasa

Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO meninggal dunia

CYBERJAYA – Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman, 59, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Putra Heights petang tadi.

Berita kematian tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah.

Allahyarham sebelum ini pernah mengalami serangan jantung dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Allahyarham mula bertugas di PMO pada Mei tahun lalu, bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman.

Wartawan veteran itu juga pernah menjawat jawatan Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, selain pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ketika itu Menteri Pengajian Tinggi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button