Berita Semasa

Pemergian Allahyarham Rozaid satu kehilangan besar buat industri media – Fahmi

CYBERJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan pemergian Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman sebagai “satu kehilangan yang amat besar kepada industri media.”

Kata Fahmi, Allahyarham seorang yang amat berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas, selain ramah dan suka membantu rakan-rakan dan sangat dihormati.

“Terlalu sedih menerima khabar pemergian Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, En Rozaid Rahman sebentar tadi.

“Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar buat industri media, serta sememangnya dirasai dan ditangisi.

“Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa dan kurniakan syurga buatnya.

“Takziah kepada seluruh anggota keluarga serta sahabat handai allahyarham,” kongsi Fahmi di akaun media sosial milik beliau, sebentar tadi.

Terdahulu, laporan media menyebut Allahyarham Rozaid meninggal dunia di kediamannya akibat serangan jantung, petang tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button