Luar Negara

Gunung berapi Shiveluch meletus

Disebabkan gempa bumi magnitud 7.0 landa pantai timur Rusia

MOSCOW – Gunung berapi Shiveluch di timur Russia meletus semalam selepas pantai timur negara itu dilanda gempa bumi kuat bermagnitud 7.0.

Agensi berita TASS memberitahu, gunung berapi itu memuntahkan lahar serta menghamburkan awan abu setinggi 8 kilometer ke ruang udara.

“Bagaimanapun, tiada individu yang cedera (dalam kejadian letusan itu),” kata TASS.

Gunung berapi Shiveluch terletak di wilayah timur Kamchatka, sekitar 450.61 kilometer dari bandar Petropavlovsk-Kamchatskyyang mempunyai populasi seramai kira-kira 181,000 orang.

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa itu berlaku kira-kira 88.51 kilometer dari Petropavlovsk-Kamchatsky dan mempunyai kedalaman kira-kira 48.28 kilometer.

Sistem Amaran Tsunami AS turut mengeluarkan amaran bahawa ‘gelombang tsunami berbahaya daripada gempa bumi ini mungkin berlaku dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa di sepanjang pantai Russia’.

Show More

Related Articles

Back to top button