Berita SemasaPM X

Anwar harap kerjasama Malaysia-Thailand dapat diteruskan dibawah kepimpinan Paetongtarn

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kerjasama erat dengan Thailand dapat diteruskan di bawah kepimpinan rakan sejawatnya, Khun Paetongtarn Shinawatra.

Anwar dalam ucapan tahniahnya kepada Paetongtarn hari ini berkata, kerjasama itu akan dapat membuka potensi penuh hubungan dua hala kedua-dua buah negara.

PM Thailand, Paetongtarn Shinawatra.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Khun Paetongtarn di atas pemilihannya sebagai Perdana Menteri Thailand, (dan) mencipta sejarah sebagai perdana menteri Thailand termuda dan wanita kedua yang memegang jawatan berprestij ini.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Khun Paetongtarn untuk membuka potensi penuh hubungan dua hala kita,” kongsi Anwar dalam satu hantaran di akaun rasmi media sosial milik beliau, hari ini.

Perdana Menteri menambah, Malaysia dan Thailand sebagai jiran terdekat, mempunyai perkongsian yang penting dan kekal, terjalin melalui hubungan sejarah, budaya, dan ekonomi yang lama serta hubungan kekeluargaan yang mendalam.

“Usaha bersama untuk keamanan dan pembangunan di selatan Thailand memberikan manfaat yang mendalam untuk komuniti di kedua-dua belah sempadan kita,” kata Anwar lagi.

Beliau kemudiannya turut mengucapkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Srettha Thavisin, dia atas kepimpinan beliau dalam mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Show More

Related Articles

Back to top button