Jenayah & Mahkamah

Allahyarham Nuraina Humaira disyaki dirogol, dibunuh

Polis tahan seorang suspek petang tadi

IPOH – Kanak-kanak Orang Asli yang ditemukan meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu dekat sini semalam, disyaki dirogol sebelum dibunuh.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata kes yang pada mulanya diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR), diklasifikasi semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kerana membunuh.

Katanya, keputusan hasil bedah siasat ke atas jenazah mangsa yang selesai dijalankan pada pukul 4 petang tadi mendapati, terdapat kecederaan akibat tekanan di bahagian leher serta kesan koyakan di kemaluan mangsa.

Laporan media sebelum ini menyebut, Nuraina Humaira Rosli, 10, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat, ditemukan pada kira-kira pukul 4.20 petang semalam di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, dekat sini.

Show More

Related Articles

Back to top button