Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Mayat wanita berulat ditemukan dalam longkang

SHAH ALAM – Mayat seorang wanita ditemukan terapung di dalam longkang dekat Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 6.30 petang daripada orang awam yang menemui mayat berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati si mati adalah seorang wanita namun identiti masih belum dapat dikenal pasti.

“Si mati ketika dijumpai hanya berpakaian baju dan seluar dalam serta keadaan mayat berulat.

“Pemeriksaan oleh pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian,” katanya menerusi dalam satu kenyataan.

Jelasnya mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Show More

Related Articles

Back to top button