Berita Semasa

[VIDEO] Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia libatkan semua sektor, industri

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bukanlah majlis anjuran jabatan serta agensi kerajaan semata-mata tetapi turut melibatkan semua sektor, industri dan seluruh rakyat Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerjasama erat semua pihak bersama-sama kerajaan akan dapat menyemarakkan lagi sambutan berkenaan.

“Semangat patriotik yang bergelora dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan umur dapat dilihat dengan jelas terutamanya dalam bulan kebangsaan.

“Marilah kita bersama-sama tanpa mengira pihak kerajaan mahupun swasta menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, baik di peringkat pasukan, komuniti atau organisasi, berskala kecil mahupun besar,” katanya.

@malaysiatribune

HKHM 2024 terima sumbangan penajaan sebanyak RM4.09 juta #malaysiatribune #HKHM #fahmifadzil

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Fahmi berkata demikian ketika hadir merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Rakan Strategik Kementerian Komunikasi bagi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, di sini hari ini.

Bagi HKHM 2024, sebanyak 29 syarikat menyumbang penajaan sebanyak RM4.09 juta.

Kata Fahmi yang juga merangkap Pengerusi Sambutan HKHM 2024, penajaan RM2.03 juta adalah dalam bentuk bentuk wang tunai, dan in-kind barangan dan perkhidmatan, manakala RM2.06 juta lagi adalah tajaan berbentuk kereta  berhias untuk Acara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya nanti.

Show More

Related Articles

Back to top button