Berita Semasa

Aufahanie mohon orang ramai tidak kongsi gambar mayat abangnya

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Aufahanie Mokhtar memohon orang ramai agar tidak berkongsi gambar mayat abangnya, Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemui di Sungai Klang di Klang, semalam.

Aufa, 21, turut meminta orang ramai agar menghormati perasaan keluarga susulan situasi yang dihadapi mereka sekarang.

“Tolong. Tolong. Jangan kongsi gambar arwah abang saya yang ditemui ke media sosial anda. Sila turunkan, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” tulisnya di Instagram Story.

Dalam pada itu, Aufa turut memuat naik beberapa hantaran berupa gambar dan video kenangan dia bersama Afham yang dipanggil Am antaranya ketika mereka masih bayi dan ketika Afham menemaninya ketika membuat persembahan.

“I love you (adik sayang Am), Bahagialah di Syurga Firdaus. No more random and funny videos with you (tiada lagi video kelakar bersamau kau),” tulis Aufa lagi.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang, petang semalam adalah Muhammad Nidza Afham Mokhtar.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.

Terdahulu media melaporkan mangsa dilaporkan hilang 7.45 petang kelmarin.

Penyanyi berusia 23 tahun itu dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam.

Walau bagaimanapun, dompet dan telefon bimbit Nidza Afham itu ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.

Show More

Related Articles

Back to top button