Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Mayat lelaki ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang

SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki dewasa berpakaian warna gelap dengan tulis nombor ’56’ ditemui di sekitar Jambatan Sungai Klang hari ini.

Baju bernombor berkenaan sama dengan baju yang dipakai oleh adalah penyanyi, Nidza Afham Mokhtar yang dilaporkan hilang semalam.

Penemuan mayat berkenaan disahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Bagaimanapun, pihak bomba tidak membuat sebarang pengesahan sekiranya mayat berkenaan adalah Nidza Afham.

Nidza Afham yang hilang selepas keluar dari rumah untuk berjogging di kawasan Stadium Sultan Suleiman sekitar pukul 7.45 malam kelmarin dipercayai disamun berdasarkan kehilangan kad debit dan wang tunai miliknya.

Sementara itu, petang tadi bapa mangsa yang merupakan penyanyi dan juga YouTuber, Mokhtar Mahmud dilihat melaungkan azan di lokasi terakhir Nidza dikesan iaitu di sekitar jambatan Sungai Klang, dekat sini.

Adik mangsa, Nur Aufahanie Mokhtar, 21, berkata, tindakan bapanya itu adalah untuk mendapat petunjuk sekiranya benar abangnya berada di kawasan itu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button