Berita Semasa

[VIDEO] Ismail Sabri bentang kertas kajian depan panel penilai UUM

ARAU – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, panel penilai di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima pembentangan kajian beliau yang berjudul Model Polisi Mendepani Pandemik Ancaman Keselamatan Kesihatan: Kajian Kes COVID-19 di Malaysia (2020-2022).

@malaysiatribune

Ismail Sabri bentang Proposal Defence untuk PhD di Universiti Utara Malaysia (UUM) #malaysiatribune #ismailsabri

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Hari ini (semalam) saya berada di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi pembentangan Proposal Defence untuk PhD.

“Alhamdulillah setelah selesai pembentangan dan komen dari ahli panel, saya mendapat berita yang menggembirakan iaitu saya LULUS.

“Terima kasih para penyelia dan pengurusan UUM yang banyak membantu,” katanya dalam satu hantaran di akaun rasmi Facebook miliknya, semalam.

Ismail,64, adalah graduan jurusan undang-undang di Universiti Malaya dan kemudian menjadi peguam pada 1985 sebelum menceburi arena politik dua tahun selepas itu.

Beliau kemudian menyambung pengajian ke peringkat PhD di UUM sejak Februari lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button