Hiburan

Penyanyi Nora diceraikan menerusi rakaman video

KUALA LUMPUR – Perkahwinan antara penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51, bersama pensyarah universiti, Dr Rushdi Ramli selama tiga tahun berakhir dengan penceraian.

Lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video dikongsi penyanyi itu sebentar tadi di laman Instagramnya.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.

Terdahulu, spekulasi rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sejak tahun lalu, namun disangkal oleh Nora.

Nora berkata, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021.

Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Show More

Related Articles

Back to top button