Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Cikgu Istiqomah dan suspek berurusan mengenai Forex

ALOR GAJAH – Suspek utama kes pembunuhan seorang guru wanita yang ditemui tanpa kepala di Jalan Alor Gajah-Tampin di sini dipercayai mempunyai urusan pelaburan mata wang Forex dengan mangsa.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa yang bertugas di Sekolah Kota Masai 3 dekat Pasir Gudang itu merupakan kenalan ketika sama-sama belajar di universiti.

Beliau berkata, suspek yang merupakan bekas kekasih mangsa berhubung semula antara mereka atas urusan pelaburan mata wang Forex.

Menurut laporan Berita Harian, suspek juga merupakan bekas seorang guru yang berhenti kerja selepas terlibat dalam Forex.

Bagaimanapun tidak maklumat lanjut didedahkan pihak polis setakat petang ini.

Sementara itu, Ashari berkata, mayat mangsa yang ditemui pada 31 Disember lalu masih belum boleh dituntut oleh waris sementara prosedur dilakukan oleh pihak hospital.

Mayat Istiqomah Ahmad Rozi, 33, ditemui di dalam tong sampah dalam keadaan tanpa kepala dan tangan di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Melaka.

Hari ini, polis mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada mayat yang ditemui itu sepadan dengan ibu Istiqomah.

Siasatan membawa penahanan pasangan suami isteri di Chemor, Perak yang mana suami adalah suspek utama kes dan direman hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button