Berita SemasaLuar NegaraSukan

Pemain hoki Australia ditahan selepas disyaki beli dadah

PARIS – Pemain hoki Australia, Tom Craig dilaporkan ditahan polis Perancis selepas disyaki membeli dadah jenis kokain daripada pengedar di tengah kawasan perumahan di kota Paris, semalam.

Kali terakhir Craig,28, beraksi untuk negaranya adalah pada saingan suku akhir yang menyaksikan negaranya tewas 0-2 kepada Belanda.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Olimpik Australia dalam satu kenyataan rasmi berkata, pemenang pingat perak Tokyo 2021 itu telah dibebaskan tanpa tuduhan dan hanya diberikan amaran keras.

Namun, dalam satu video terbaharu, dia meminta maaf di atas perlakuannya yang tidak bertanggungjawab ketika mewakili negara ke temasya sukan paling berprestij itu.

“Pertama sekali saya memohon maaf. Saya telah melakukan kesilapan dan mengambil tanggungjawab penuh atas tindakan saya ini.

“Tindakan saya adalah berunsurkan peribadi dan tidak mencerminkan keluarga, pasukan, sahabat saya, sukan hoki mahupun Jawatankuasa Olimpik Australia,” katanya kepada media.

Show More

Related Articles

Back to top button