Bangladesh dijangka bentuk Kabinet interim hari ini
DHAKA – Bangladesh bakal menyaksikan peralihan kepada kerajaan dianggotai Kabinet interim yang diketuai oleh pemenang Hadiah Nobel, Muhammad Yunus hari ini.
Menurut Ketua Tentera, Jeneral Waker Uz-Zaman, seramai 15 orang anggota Kabinet baharu dijadual mengangkat sumpah lewat hari ini bagi membentuk kerajaan baharu negara itu.
Muhammad Yunus yang merupakan perintis kewangan mikro Bangladesh dan pernah memenangi Hadiah Nobel dipilih sebagai pemimpin baharu Bangladesh selepas peletakan jawatan Perdana Menteri, Sheikh Hasina.
Hasina yang melarikan diri ke India susulan protes besar-besar di negara itu sebelum ini pernah memerintah Bangladesh selama kira-kira 20 tahun.
Keputusan membentuk kerajaan sementara dan pemilihan Muhammad Yunus yang tinggal di Perancis dibuat pada mesyuarat dihadiri pemimpin tentera dan ketua kumpulan pelajar yang menentang diskriminasi.
Susulan berkembang itu, Muhammad Yunus mengucapkan tahniah kepada golongan pelajar yang bangkit menentang pemerintahan yang penuh dengan korupsi.
“Marilah kita menggunakan kemenangan baharu kita dengan sebaiknya. Jangan kita biarkan perkara ini disia-siakan kerana kesilapan kita.
“Saya bersungguh-sungguh merayu kepada semua orang untuk bertenang. Tolong elakkan semua jenis keganasan,” katanya.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune