Sukan

Paris 2024: Shah Firdaus tersingkir, tinggal Azizulhasni bawa cabaran acara pecut

PARIS – Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya dalam acara pecut sebentar tadi.

Shah Firdaus yang turun beradu nasib dalam pusingan repechage hanya mampu menamatkan saingan di tempat kedua di belakang pelumba Lithuania, Vasilijus Lendel manakala pelumba New Zealand, Sam Dakin di tempat ketiga.

Terdahulu Shah Firdaus tewas dalam saingan pusingan 1/32 kepada pelumba Israel.

Dengan kekalahan Shah Firdaus, hanya tinggal seorang lagi wakil negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang yang akan membawa cabaran negara dalam acara pecut.

Azizulhasni mudah menewaskan pelumba Jerman, Luca Spiegel pada pusingan 1/32.

Azizulhasni akan turun semula pada pusingan 1/16 pada pukul 11.30 malam ini.

 

Show More

Related Articles

Back to top button