Berita Semasa

MINDEF komited aplikasikan teknologi kuantum bagi tingkatkan pertahanan dan ekosistem siber negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (MINDEF) komited untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi kuantum dalam urus tadbirnya bagi meningkatkan tahap kesematan serta kemampanan pertahanan negara.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, penggunaan teknologi kuantum mampu memberikan kesan yang kompleks terhadap manfaat dan keburukannya.

Menurut beliau, antara kebaikkan penggunaan teknologi kuantum termasuklah, ia mampu mengubah ekonomi sesbuah negara, meningkatkan keselamatan negara dan meningkatkan kualiti hidup orang ramai melalui keupayaan uniknya.

“Risiko berkaitan dengan teknologi kuantum antaranya boleh menyebabkan sesebuah negara menggunakan teknologi kuantum sebagai senjata terhadap pihak lain.

“Antara risiko yang berpotensi ialah amalan tradisional strategi ‘store now, decrypt later’ iaitu simpan sekarang, nyahsulit kemudian. Dengan jangkaan keupayaan penyahsulitan masa depan, ia menimbulkan ancaman yang serius susulan maklumat yang disulitkan boleh dikompromi apabila penyahsulitan kuantum tersedia,” katanya.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, menyampaikan ucapan sebelum merasmikan SIBER SIAGA 2024 di Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapanya sebelum merasmikan Program Khusus Kesedaran Siber Angkatan Tentera Malaysia (SIBER SIAGA 2024) di Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Penganjuran Program SIBER SIAGA 2024 dalam persidangan dan pameran Cyber Digital Service Defence and Security Asia 2024 (CYBER DSA 24) adalah merupakan program bertaraf antarabangsa di bawah kelolaan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP), Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM).

Sebanyak 200 syarikat melibatkan 1,000 orang ahli profesional, 18 universiti tempatan, agensi kerajaan serta warga ATM menyertai SIBER SIAGA 2024.

Program yang diadakan dari 6 hingga 8 Ogos ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran keselamatan siber dalam memperkasa kawal selia ekosistem pertahanan siber negara agar sentiasa terjamin dan terpelihara secara optimum.

Orang ramai juga berpeluang berinteraksi dengan 200 syarikat melibatkan 1,000 orang ahli profesional, 18 universiti tempatan, agensi kerajaan serta warga ATM, sambil menyaksikan pameran produk keselamatan siber.

Dalam majlis yang sama, MINDEF telah menganugerahkan kontrak perolehan Network Convergence (NWC) iaitu sewaan talian Internet Protokol Virtual Protocal Virtual Private Network (IPVPN) bagi Automatic Messaging Switching System (AMSS) dan Command, Control, Communication and Intelligence System (C3i) kepada TM Technology Services Sdn Bhd.

Kontrak tersebut bernilai lebih RM34.5 juta merangkumi penyediakan infrastruktur rangkaian terselamat yang dilengkapi kemudahan Pusat Operasi Keselamatan.

MINDEF menganugerahkan kontrak perolehan bernilai lebih RM34.5 juta kepada TM Technology Services Sdn Bhd.

Mengulas dengan lebih lanjut Timbalan Menteri Pertahanan berkata, teknologi kuantum menawarkan potensi dalam transformasi terhadap komunikasi dan pengawasan yang lebih selamat, namun ia juga boleh mengganggu keselamatan global.

Justeru itu, beliau menyeru negara-negara ASEAN agar membangunkan strategi yang mantap, rangka kerja keselamatan yang berdaya tahan, serta memupuk kerjasama antarabangsa yang lebih erat.

“Kita mesti mengiktiraf peranan penting sektor swasta dalam kemajuan dan aplikasi teknologi kuantum kerana mereka adalah peneraju dalam penyelidikan, pembangunan serta memacu inovasi yang akan membentuk landskap masa depan keupayaan kuantum.

“Kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta amat penting bagi memastikan pembangunan teknologi kuantum. Ia sejajar dengan keutamaan keselamatan negara dan pertumbuhan ekonomi,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button