PM X

Kerajaan cadang tubuh Zon Ekonomi Khas Malaysia -Thailand

KUALA LUMPUR – Kerajaan mencadangkan penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Malaysia-Thailand termasuk penglibatan sektor swasta dan syarikat pemula.

Cadangan tersebut disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Thailand, Maris Sangiampongsa, semalam.

Menurut Perdana Menteri, penglibatan Thailand boleh menarik lebih banyak pelaburan ke dalam SEZ, malah beliau juga mencadangkan agar Kelantan mengambil peluang membina ruang perniagaan di sepanjang m Sungai Golok.

“Saya dan Maris turut berbincang mengenai pengorekan muara Sungai Golok bagi menangani isu banjir dimana usaha ini bertujuan membantu komuniti di sepanjang sempadan yang menghadapi masalah banjir hampir setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyatakan komitmen Malaysia terhadap Proses Dialog Keamanan Selatan Thailand.

“Kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk Malaysia menjadi tuan rumah Perundingan Tahunan Ke-7 pada 19 September 2024.

“Moga hubungan kedua negara berjiran ini terus utuh dan kekal harmoni,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button