Berita Semasa

Dakwaan rombakan besar-besaran di Bukit Aman tidak benar

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah portal berita online mengenai khabar angin akan berlaku pertukaran kepimpinan tertinggi dalam pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan mengenai rombakan itu tidak berasas kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, PDRM telah menghubungi portal berkenaan namun mereka enggan mendedahkan identiti sumber yang dinyatakan dalam laporan itu.

“PDRM menasihatkan semua pihak agar tidak memetik sebarang sumber tidak rasmi, terutama yang melibatkan pasukan keselamatan dan agensi kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Razarudin juga berkata, maklumat yang disebarkan tanpa pengesahan boleh menimbulkan kekeliruan dan menjejaskan imej pasukan keselamatan negara.

“PDRM akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap penyebaran maklumat palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya lagi.

Sebuah portal yang memetik sumber sebelum ini melaporkan akan berlaku rombakan besar-besaran bagi kedudukan pegawai tinggi PDRM di Bukit Aman.

Pertukaran jawatan itu dikatakan turut melibatkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Portal berita juga memetik kedua-dua pegawai kanan itu telah dikaitkan dengan pertukaran ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai Ketua Pengarah

Show More

Related Articles

Back to top button