Berita SemasaLuar Negara

Rakyat Malaysia di UK dinasihat jauhi kawasan rusuhan

SEREMBAN – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan rakyat Malaysia supaya menjauhi kawasan protes di United Kingdom (UK) ekoran demonstrasi di beberapa kawasan yang berisiko mencetuskan keganasan.

Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya mendaftar keberadaan diri di negara itu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sebagai persediaan sebarang keperluan keselamatan.

“Kita nasihatkan rakyat kita di UK tidak berada di tempat yang dijangka menjadi sasaran dan sentiasa berhubung dengan pejabat kedutaan agar kita tahu mereka berada dalam keadaan baik,” katanya.

Rusuhan oleh penunjuk perasaan sayap kanan dengan pihak berkuasa UK semakin memuncak selepas tersebar berita bahawa suspek kes serangan pisau terhadap seorang kanak-kanak perempuan di Southport dilakukan oleh pendatang Islam.

Rusuhan terbaru itu disifatkan sebagai rusuhan terburuk dalam masa 13 tahun.

Kementerian Luar dalam kenyataan sebelum ini berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45 – 46 Belgrave Square, London, UK atau telefon +44 20 3931 6196 atau +44 20 7235 8033 atau e-mel di mwlondon@kln.gov.my.

Show More

Related Articles

Back to top button