Sukan

Pemenang pingat emas Olimpik lebih rela tidur di taman daripada Perkampungan Olimpik

PARIS – Juara renang Itali, Thomas Ceccon dilihat tidur di atas rumput di luar kawasan Perkampungan Olimpik selepas mengadu mengenai katil yang tidak selesa dan kekurangan penghawa dingin.

Ceccon memenangi emas untuk Itali dalam acara akhir 100 meter (m) kuak lentang pada hari ketiga pertandingan, namun gagal mara ke peringkat akhir 200m kuak lentang pada Rabu minggu lalu.

Selain katil yang tidak selesa, Ceccon turut mendakwa makanan yang disediakan mengecewakan, dan mengakui dia turut bergelut dengan cuaca panas serta bunyi bising di perkampungan atlet di Paris.

@malaysiatribune

Juara renang Itali, Thomas Ceccon dilihat tidur di atas rumput di luar kawasan Perkampungan Olimpik selepas mengadu mengenai katil yang tidak selesa dan kekurangan penghawa dingin. Berita penuh : https://malaysiatribune.news/2024/08/05/pemenang-pingat-emas-olimpik-lebih-rela-tidur-di-taman-daripada-perkampungan-olimpik/ #malaysiatribune #paris #olympics #sukan #olimpikparis2024 #olympicsparis2024

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Husein Alireza, ahli pasukan mendayung Arab Saudi, menyiarkan video di Instagram yang menunjukkan Ceccon tidur di sebelah bangku taman dalam perkarangan Perkampungan Olimpik di Saint Denis.

Video itu diberi kapsyen ’berehat hari ini, menakluki esok’, dengan Ceccon dilihat tidur nyenyak di atas tuala putih dengan kasut dan begnya diletakkan di sebelahnya.

Sementara itu, Ceccon berkata, dia berasa kecewa kerana tidak dapat melayakkan diri ke pusingan akhir, selain menyatakan ramai atlet yang meninggalkan Perkampungan Olimpik atas sebab yang sama.

“Ramai atlet bergerak atas sebab ini ia bukan alibi atau alasan, ia adalah realiti yang mungkin tidak semua orang tahu.

“Saya kecewa kerana saya tidak ke final, tetapi saya terlalu letih. Sukar untuk tidur pada waktu malam dan petang. Di sini, saya benar-benar bergelut antara panas dan bunyi bising,” kata Ceccon kepada agensi berita The Sun.

Show More

Related Articles

Back to top button