Berita Semasa

SPR terima pemakluman kekosongan luar jangka kerusi DUN Mahkota

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi mengenai kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, kelmarin.

Menurut Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak, pemakluman itu diterima daripada Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad
Zarkashi.

“Berdasarkan Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, Bahagian Kedua, Fasal (5) Perkara 23,
kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari SPR menerima pemakluman telah berlakunya kekosongan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUM itu akan diadakan pada 13 Ogos ini bagi membincangkan pelaksanaan PRK
tersebut.

Katanya, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button