Uncategorized

Satu lawan satu di PRK DUN Nenggiri

GUA MUSANG – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri N.43 pada 17 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Pada penamanaan calon hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penerimaan calon dari PAS, Mohd Rizwadi Ismail dan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Nenggiri, Nik Raisnan Daud selepas proses penamaan calon tamat pada pukul 10 pagi tadi.

Ribuan penyokong daripada kedua-dua parti yang bertanding mengiringi dan menunggu di luar pagar sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

Nik Raisnan berkata, tiada kertas penamaan calon yang ditolak oleh pihaknya bagi pilihanraya itu.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian BERSATU pada 13 Jun lalu.

SPR sebelum ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu hari ini diikuti pengundian pada 17 Ogos.

Seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.

Show More

Related Articles

Back to top button