Berita Semasa

DBKL arah tutup lima pusat pelacuran, dua pusat hiburan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) menjalankan Operasi Tindakan Khas iaitu Operasi Pusat Pelacuran dan Pusat Hiburan di sekitar ibu negara, semalam.

Menurut DBKL, hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak lima pusat pelacuran serta dua pusat hiburan telah dikenakan tindakan tutup serta merta di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Hiburan (WPKL) 1992.

“DBKL juga turut mengeluarkan 6 Notis Kompaun di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, 5 Notis Penguatkuasaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta 3 Notis Pemberitahuan Tentang Kesalahan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah DBKL, pihaknya turut meroboh struktur dalaman yang didirikan tanpa mendapat kelulusan dan menyita segala barangan yang berkaitan dengan perniagaan.

“Kesemua barangan yang disita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” ujarnya lagi dalam kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button