Berita Semasa

Keputusan rayuan UPUOnline boleh disemak bermula 6 Ogos ini

PUTRAJAYA – Keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke universiti awam (UA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh disemak bermula 6 hingga 15 Ogos.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud berkata keputusan boleh disemak melalui portal UA dan aplikasi UPUPocket bermula 12 tengah hari dan tempoh setuju terima adalah bermula 7 hingga 15 Ogos.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah berusaha untuk pastikan bahawa yang terbaik dapat tempat.

“Ini adalah selaras arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim iaitu jangan ada pelajar cemerlang tercicir dalam konteks kemasukan ke universiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KPT menerima sebanyak 27,407 permohonan rayuan dengan jumlah unjuran tempat adalah sebanyak 9,459.

“Bilangan program dibuka untuk rayuan adalah 246 program dengan 13 program temu duga.

“Harap yang ditemu duga tampil diri sebaik mungkin untuk dapat perhatian panel penemuduga,” katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata, calon yang tidak berjaya dalam proses rayuan boleh memohon kemasukan ke universiti swasta atau melanjutkan pelajaran bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET).

“Jangan anggap TVET sebagai pilihan kedua kerana TVET ada kebolehpasaran yang tinggi,”katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button