Berita SemasaLuar NegaraSukan

Azizul selesai jalani latihan akhir menjelang pertandingan Olimpik Paris 2024

MALLORCA – Bintang basikal trek Malaysia, Datuk Azizul Hasni Awang telah menamatkan sesi latihan terakhirnya di Mallorca sebelum beraksi di pentas Olimpik yang akan bermula pada 7 Ogos ini.

Azizul berkata, beliau sudah bersedia dan yakin dengan segala persiapan yang telah dilaluinya.

“Sesi latihan terakhir di Mallorca selesai. Saya telah melakukan persiapan yang rapi dan sangat gembira dengan kemajuan ini.

“Sekarang saya tidak sabar untuk terbang ke Paris,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Azizul yang dikenali sebagai “The Pocket Rocketman” berada di Mallorca untuk menjalani latihan intensif, memperbaiki prestasi dan memastikan kesediaan puncak.

Berbaki enam hari lagi sebelum hari pertandingan, anak kelahiran Dungun, Terengganu itu merupakan harapan utama Malaysia untuk meraih emas pada temasya sukan terbesar itu.

Azizul sebelum ini berada di Mallorca bersama dua lagi pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus ahrom dan Nurul Izzah Izzati dalam latihan terakhir menjelang pertandingan.

Show More

Related Articles

Back to top button