Luar Negara

Tanah runtuh di Kerala: Lebih 100 terbunuh, puluhan lagi dipercayai terperangkap

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 123 orang dilaporkan terbunuh, manakala berpuluh lagi dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Kerala, selatan India, semalam.

Menurut BBC, kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat itu melanda kawasan berbukit di daerah Wayanad, awal pagi semalam ketika kebanyakan penduduk sedang tidur.

Operasi menyelamat sedang dijalankan tetapi terhalang akibat hujan lebat dan jambatan penting yang runtuh.

Pihak berkuasa bimbang jumlah mangsa akan meningkat lagi kerana difahamkan kira-kira 100 orang masih terperangkap di kawasan yang belum dapat dimasuki oleh anggota-anggota perkhidmatan kecemasan.

Tanah runtuh adalah bencana terburuk yang melanda Kerala sejak 2018, apabila banjir mengorbankan lebih 400 orang.

Sementara itu, pegawai keselamatan memberitahu, lebih 200 anggota tentera telah dikerahkan untuk membantu pasukan keselamatan dalam usaha mencari dan menyelamat.

Ketua Menteri Kerala, Pinari Vijayan memberitahu sidang akhbar bahawa tanah runtuh itu telah berlaku di sejumlah kawasan yang besar.

“Hospital-hospital tempatan merawat sekurang-kurangnya 123 yang cedera dan lebih 3,000 orang telah diselamatkan serta dipindahkan ke 45 kem bantuan,” katanya.

Selain 65 kematian yang disahkan di Wayanad, 16 mayat lagi ditemui di sungai Chaliyar yang mengalir ke daerah jiran, Malappuram.

Wayanad, sebuah daerah berbukit yang merupakan sebahagian daripada banjaran gunung Ghats Barat terdedah kepada tanah runtuh semasa musim tengkujuh.

Show More

Related Articles

Back to top button