Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Rasuah RM110 juta: Bekas pegawai SPNB disiasat SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu, termasuk seorang bekas pegawai Syarikat Perumahan Negara Berhas (SPNB) bergelar Datuk atas dakwaan menerima rasuah bernilai hampir RM110 juta.

Majistret Irza Zulaikha Burhanuddin mengeluarkan perintah reman lima hari, bermula 30 Julai hingga tiga Ogos 2024, di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Sumber mendedahkan, suspek dipercayai menerima wang rasuah daripada sebuah syarikat pembinaan sebagai balasan menandatangani perjanjian pembangunan tambahan (SDA) bagi Projek Pembangunan Perumahan Rumah Aspirasi Rakyat Daerah Kuantan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah SPNB.

“Perjanjian itu mengandungi klausa berat sebelah, menyebabkan SPNB kerugian puluhan juta ringgit.

“Suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM antara pukul 6.30 petang hingga 7 malam pada Isnin, namun seorang dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil,” kata sumber.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan tangkapan dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Show More

Related Articles

Back to top button