Berita Semasa

JAWI tahan presiden NGO disyaki berkhalwat dengan wanita

KUALA LUMPUR – Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) difahamkan menahan Presiden sebuah pertubuhan amal kerana disyaki berkhalwat selepas berdua-duaan dengan seorang wanita di bilik sebuah hotel, di sini semalam.

Menurut sumber pihak berkuasa, lelaki berusia lingkungan 40-an itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, bergiat aktif mengutip derma bagi mengisi tabung Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, antara enam ke lapan tahun lalu.

“Dia ditahan sepasukan pegawai JAWI ketika sedang berdua-duaan dengan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an.

“Wanita terbabit yang juga ahli aktif NGO sama dilihat terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, sebelum lelaki itu tiba pada kira-kira pukul 2 petang.

“Pasukan penguat kuasa JAWI pula masuk membuat pemeriksaan di bilik terbabit pada 4.45 petang,” katanya dalam laporan portal Harian Metro.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan cuba melarikan diri dan memberikan alasan bertemu wanita itu untuk memberi barang kepadanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, cubaannya gagal dan ditahan pegawai JAWI.

“Lelaki terbabit pernah berkongsi pentas forum berhubung konflik di Palestin bersama seorang duta dari negara di Timur Tengah.

“Lelaki itu juga merupakan antara individu yang lantang bersuara di media sosial dan media massa berhubung isu peperangan Palestin-Israel,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button