Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Terjerat cinta online, wang simpanan RM658,000 wanita lebur

ISKANDAR PUTERI – Termakan dengan tawaran keuntungan perniagaan dan belaian cinta dengan individu yang dikenali hanya secara atas talian, seorang wanita berputih mata apabila ditipu dan kerugian lebih RM658,000.

Mangsa yang berusia 38 tahun itu membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu individu yang dikenali melalui Telegram dan WhatApps itu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata,  mangsa telah memindahkan wang simpanan berjumlah RM658,166 untuk menjalankan perniagaan sebagai ejen kosmetik.

“Bermula 14 Jun hingga 12 Julai lalu, mangsa telah membuat 30 transaksi pembayaran, dipercayai sebagai bayaran penghantaran barang kepada pelanggan.

“Mangsa membuat pembayaran berjumlah RM658,166 ke 11 akaun bank yang berlainan melalui satu pautan bagi tujuan perniagaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

M Kumarasan berkata, mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas membuat panggilan video dan mendapati lelaki yang dihubungi itu tidak sama dengan gambar pada profil aplikasi WhatApps.

“Berasa tertipu, dia tampil membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak menggunakan media sosial sebagai pengantara untuk mencari teman hidup.

Show More

Related Articles

Back to top button