Berita Semasa

Semakan kenaikan gaji penjawat awam telah dimuktamad – Rafizi

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan semakan kenaikan gaji membabitkan 1.5 juta penjawat awam telah dimuktamadkan oleh kerajaan dan akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Menurut Rafizi, proses semakan gaji minimum di bawah Majlis Perundingan Gaji Negara akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada waktu yang sesuai.

“Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Ekonomi telah memulakan projek rintis Dasar Gaji Progresif.

“Ini bagi membolehkan gaji sektor swasta yang berada pada paras permulaan dan RM5,000 ke bawah ada campur tangan daripada kerajaan untuk memastikan kenaikan gaji secara berkala,” katanya dalam sidang Dewan Negara di sini, hari ini.

Terdahulu, Rafizi menyatakan usaha untuk menangani isu kos sara hidup melibatkan dua perspektif iaitu kos yang perlu ditanggung rakyat dan pendapatan yang diperoleh oleh rakyat.

Sehubungan dengan itu, katanya, semakan terhadap gaji penjawat awam, gaji minimum serta pelaksanaan Dasar Gaji Progresif antara usaha untuk mengatasi isu tersebut.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Dr. Azhar Ahmad mengenai usaha kerajaan memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan kos sara hidup yang dilihat semakin meningkat.

Show More

Related Articles

Back to top button