
Libat urus antara umat Islam, kumpulan lain dapat elak Islamofobia – PM Anwar
IPOH – Sesi libat urus termasuk dialog antara umat Islam dan yang lain akan membolehkan masyarakat memahami antara satu sama lain dan mengelakkan salah faham yang membawa kepada Islamofobia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, salah faham, maklumat salah dan penolakan kepada yang lain, yang kemudian diistilahkan sebagai Islamofobia masih berlaku kerana masyarakat masih mengekalkan mengekalkan ajaran lama pasca penjajahan Barat.
“Bagaimana anda bertahan dan hidup dalam masyarakat berbilang kaum, berbilang agama di Malaysia dan mengelak membincangkan agama, budaya, tamadun lain… dan kemudian menuntut supaya Barat memahami kita.
“Jadi saya fikir sesi libat urus diperlukan untuk membolehkan orang lain memahami kita, dan untuk kita memahami mereka,” katanya, hari ini.
Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) ke-7, Berdiri Bersama: Umat Islam dan Kemanusiaan Sejagat, di sini hari ini.
Perasmian persidangan itu disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |