Berita SemasaSukan

Kejuaraan AFF B19: Skuad negara tamatkan kempen di tempat keempat

SURABAYA – Skuad bola sepak bawah 19 tahun (B-19) negara menamatkan kempen mereka dalam Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 di tempat keempat selepas tewas kepada juara lima kali Australia dalam penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan di Stadium Gelora Bung Tomo sebentar tadi, perlawanan masa sebenar berkesudahan 1-1.

Australia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Marcus Younis pada minit ke-28.

Bagaimanapun, Malaysia yang juga juara dua kali berjaya mengikat kedudukan menerusi jaringan sendiri Jake Najvoski pada minit ke-73.

Bagaimanapun, penentuan sepakan penalti tidak berpihak kepada Malaysia apabila tewas 3-5 sekaligus menyaksikan Australia merangkul tempat ketiga pada kejohanan edisi kali ini.

Show More

Related Articles

Back to top button