Berita SemasaSukan

India raikan pingat pertama dari acara menembak Olimpik

PARIS – Penembak, Manu Bhaker berjaya menjadi penembak pertama India yang berjaya memenangi pingat Olimpik apabila berjaya memenangi gangsa acara 10m air pistol wanita, semalam.

Dalam acara tersebut, pingat emas diraih penembak Korea Selatan, Oh Ye-jin yang turut mencatat rekod Olimpik baharu diikuti rakan sepasukannya, Kim Ye-ji meraih perak.

Perdana Menteri, Narendra Modi menjadi antara yag terawal mengucapkan tahniah kepada penembak yang berasal dari negeri Haryana di utara India tersebut.

Beliau memuat naik di X, “Pingat bersejarah! Syabas, @realmanubhaker, kerana memenangi pingat pertama India di #ParisOlympics2024! Tahniah atas pingat gangsa. Kejayaan ini lebih istimewa kerana dia menjadi wanita pertama yang memenangi pingat dalam acara menembak untuk India. Pencapaian yang luar biasa!”

Presiden, Droupadi Murmu juga mengucapkan tahniah kepada penembak terkenal itu, dengan berkata “India bangga dengan Manu Bhaker. Pencapaiannya akan memberi inspirasi kepada ramai ahli sukan, terutamanya wanita. Saya berharap dia mencapai kejayaan yang lebih tinggi pada masa hadapan.”

Keluarga penembak wanita itu di Haryana turut meraikan detik kemenangannya dengan mengedarkan manisan kepada jiran dan rakan-rakan.

Show More

Related Articles

Back to top button