Berita Semasa

Wanita maut, seorang lelaki melecur dalam kebakaran di sebuah flat di Ampang

AMPANG – Seorang wanita maut manakala seorang lelaki melecur di bahagian tangan kanan dalam kebakaran sebuah unit rumah di aras bawah flat lima tingkat di Garden Tour Apartment Jalan Maju 1/11, Taman Lembah Maju, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, wanita tempatan berusia 28 tahun itu maut akibat badannya melecur kira-kira 80 peratus.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada 9.46 malam dan sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian.

“Lelaki yang cedera dihantar ke Hospital Ampang dengan jentera EMRS manakala mangsa wanita telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Show More

Related Articles

Back to top button