Sukan

Paris 2024: Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia akibat serangan jantung

PARIS – Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu di perkampungan sukan pada Jumaat lalu.

Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) berkata, Fatupaito meninggal dunia secara mengejut, dipercayai akibat serangan jantung.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan rakan seperjuangan Fatupaito yang meninggal dunia secara mengejut semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, IBA menyifatkan kematian Fatupaito sebagai satu kehilangan kepada dunia sukan.

“Legasinya akan berterusan bagi memberi inspirasi kepada generasi pada masa hadapan. Doa kami sentiasa bersama pasukan Samoa dan semua yang terkesan dengan kehilangan ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button