
Selangor ratah Penang 4-1, kembali ke tangga kedua Liga Super
PETALING JAYA – Selangor kembali menduduki tangga kedua Liga Super selepas berjaya menewaskan Penang 4-1 dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi.
Ibarat dahagakan kemenangan, pasukan Merah Kuning terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mukhairi Ajmal Mahadi yang berjaya menyudahkan hantaran Alvin Fortes pada minit ketiga perlawanan.
Penang kemudian berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-63 menerusi kapten pasukan, Rafael Vitor yang menyempurnakan sepakan penalti.
Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan tujuh minit apabila Yohandry Orozco pula menyudahkan sepakan penalti untuk kembali meletakkan Selangor di depan.
Fortes kemudian meledak gol ketiga Gergasi Merah menerusi sepakan percuma pada minit ke-89 sebelum Quentin Cheng melengkapkan kemenangan bergaya skuad kendalian Nidzam Jamil dengan menambah gol keempat pada masa kecederaan.
Keputusan ini menyaksikan Selangor memintas Sabah di kedudukan kedua dengan mengumpul 12 mata selepas enam perlawanan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |