Berita SemasaSukan

Piala AFF B-19: Harimau Muda tersekat di separuh akhir

SURABAYA – Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) negara gagal menempah tiket ke perlawanan akhir Piala AFF B-19 setelah tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah, malam tadi.

Dalam perlawanan di Stadium Gelora Bung Tomo, malam tadi, pasukan tuan rumah memperoleh kemenangan menerusi jaringan Muhammad Alfharezzi Buffon pada minit ke-77.

Sementara itu, dalam perlawanan separuh akhir kedua, pasukan B-19 Thailand berjaya menundukkan pasukan Australia juga 1-0, menerusi jaringan gol sendiri pemain pertahanan Australia.

Perlawanan akhir pada Isnin nanti akan menemukan antara tuan rumah, Indonesia menentang Thailanf, manakala penentuan tempat ketiga akan ditentukan antara Malaysia dengan Australia.

Show More

Related Articles

Back to top button