Berita SemasaSukan

Pembukaan temasya Olimpik Paris 2024 unik

PARIS – Pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 semalam berlangsung meriah dan unik apabila buat pertama kalinya dibuat di luar stadium.

Tiada lagi perbarisan masuk kontinjen di stadium, tetapi 7,500 atlet daripada 205 buah negara tersebut dibawa dengan kira-kira 85 bot menyusuri Sungai Seine.

Pada majlis pembukaan temasya tersebut, Kontinjen Malaysia diwakili oleh enam atlet dan empat pegawai tampil memukau dengan menggayakan busana ‘The Malaya’ berwarna warna hijau zaitun dengan motif keemasan hasil sentuhan Rizman Ruzaini sebagai simbolik harapan untuk para atlet membawa pulang pingat emas buat Malaysia.

Pada majlis pembukaan tersebut, penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif menggalas tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang mengenakan pakaian cukup mempersona dan dilihat bersemangat untuk menghadapi temasya Sukan Olimpik Paris yang bermula 26 Julai sehingga 11 Ogos depan.

Antara atlet yang turut menyertai perarakan pembukaan Olimpik 2024 itu adalah Nur Dhabitah Sabri (terjun), Khairulnizam Mohd. Afendy (pelayaran), Ashley Lau (golf) dan Tan Rouxin (renang) di atas bot.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button