Jenayah & Mahkamah

Peguam Mahmud Jumaat tarik diri wakili ibu Zayn Rayyan

KUALA LUMPUR – Peguam daripada Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat mengesahkan beliau tidak lagi mewakili ibu Zayn Rayyan, kanak-kanak yang mati dibunuh 6 Disember tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, ia disahkan sebelum sebutan semula kes pengabaian ke atas Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mateen, hari ini.

“Ya, saya tidak lagi mewakili ibu Zayn Rayyan. Tugas saya hanya sampai di sini. Semoga ada keadilan buat arwah. #Justice4ZaynRayyan,” katanya.

Pada 4 Jun lalu, media melaporkan Mahmud mengumumkan beliau tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Berselang tiga hari kemudian, keluarga Ismanira tampil dengan penjelasan mereka memang sepakat melantik Mahmud untuk mewakili adik mereka sejak dari awal lagi.

Mengenai apakah kemungkinan Ismanira akan diwakili peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili suaminya, Mahmud berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

“Itu terserah kepada mereka. Tugas saya hanya sampai di sini.

“Saya rasa, saya bukanlah peguam yang sesuai untuk kes ini. Saya doakan keadilan akan bersama kita semua,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button