Jenayah & Mahkamah

Kes bunuh Farah Kartini: Suspek akan dituduh di mahkamah pagi ini

KUALA LUMPUR – Anggota polis yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah akan dituduh di mahkamah pagi ini.

Difahamkan, suspek berusia 26 tahun itu akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi hari ini.

“Ya, suspek akan dituduh esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Nur Farah Kartini, 25, yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan meninggal dunia di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayatnya ditemukan kira-kira 6 petang, 15 Julai lalu dipercayai dibunuh individu dikenali dan susulan itu, polis menahan anggota polis berpangkat lans koperal berusia 26 tahun.

Dia direman sehingga 29 Julai untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button