Berita Semasa

Pusat Khidmat Bukit Bendera anjur Merdeka Hike

PULAU PINANG – Dalam usaha untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bukit Bendera dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Sian Chye Tong Pulau Pinang, Panther Hiker dan MPKK Bukit Bendera akan menganjurkan Program Merdeka Hike.

Program bertemakan “Embrace the Journey: One Step at a Time,” sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 akan berlangsung pada 31 Ogos ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, program itu bertujuan memupuk semangat kebangsaan dan cinta terhadap negara melalui aktiviti mendaki bukit yang santai dan menyihatkan.

“Ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan Bukit Bendera tetapi juga untuk menghayati semangat kemerdekaan yang telah dicapai oleh negara kita.

“Saya berharap program ini akan menjadi satu inisiatif yang bermakna dalam menyatukan rakyat dari pelbagai latar belakang,” katanya dalam satu siaran media hari ini.

Syerleena berkata, sepanjang program itu peserta berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar Bukit Bendera sambil menghayati erti kemerdekaan negara.

Selain itu katanya, program juga bertujuan menerapkan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

“Semangat perpaduan dan patriotik adalah kunci kepada kestabilan dan kemajuan negara kita. Melalui Program Merdeka Hike, kita dapat menyemarakkan semangat ini dalam kalangan rakyat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button