Berita Semasa

Protes jalanan Kenya: Rakyat Malaysia dinasihatkan berwaspada

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang berada di Kenya dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mengikuti arahan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedang memantau dengan teliti situasi di Kenya dan berhubung dengan semua rakyat Malaysia yang berdaftar di negara itu.

“Suruhanjaya Tinggi sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan dan memastikan keselamatan mereka,” kata kenyataan itu.

Ketika ini, beberapa kawasan di negara tersebut terjejas akibat protes jalanan yang berterusan dan sudah memasuki minggu keenam.

Menurut Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia Kenya, sehingga kini, sekurang-kurangnya 50 penunjuk perasaan telah terbunuh manakala 413 lagi cedera sejak protes bermula 18 Jun lalu.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi melalui alamat di 611, Runda Grove, Runda, P.O. Box 42286, Nairobi atau melalui telefon di +254 (01) 11052710 atau +254 741 603952 dan melalui e-mel di mwnairobi@kln.gov.my.

Show More

Related Articles

Back to top button